Superb Cutie
8 April
Apr 8, 2012 | 12:49 | 0 comments


Heyy ! Heyy ! masih ingat lagi dengan owner blog ni ? semua sihat ke ? harap semua dalam keadaan yang sihat walafiat okeh . Ni nak habaq kat ampa semua blogger , rindu bhaa ! Ahaa . ni 1st entry aku untuk bulan april . Heyya , last update 17 Mac , lama kan ? ampa kira sendiri lah berapa lama :')

Aku saja je update ni , nak kata bosan tak sebab aku banyak keja nak disettlekan . Btw , sepanjang aku tak update ni , aku sibuk dengan hal sekolah aku lah , almaklumlah aku ni terlibat dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sekolah , so so so bussy :'( . BUT now !! Program Khidmat Bakti sudah berlangsung semalam di Kediaman Abu Nur , Simpang Pulai ! Alhamdulillah :')

Okeh , now aku rasa nak kongsi sedikit pasal program yang kami lakukan di Kediaman tu , semuanya "okaylah" . Aku terlibat dengan asrama puteri , just kemas-kemas , sapu-sapu dan baiki almari depa . Lepas semuanya siapkan kerja masing masing , kami adakan sukaneka untuk adik-adik disitu , sambutan dia 'okaylah' ada yang malu-malu . tapi aku tak ambil port pasal sukaneka ni . HAHA :') just jadi penonton . Lepas tu , kami buat persembahan sedikit , nyanyi-nyayi . alhamdulillah semua best :')

Semuanya dah , apalagi masa untuk isi perutlah ! okay time ni btw tersentuh juga perasaan aku ni . adik adik tu memang baik baik , comel comel dan dengar kata , kami suruh beratur alhamdulillah tak ingkar pon :'), tapi yang ingkar bebudak form6 sendiri , heyy buekk malu jo ! Depa ambik sikit je nasi , YaAllah kalau aku , kompem tak kenyang ! Lepas tu aku tegur sorang adik ni

Aku : Heyy dik sikitnya ambik nasi ni , ambik la lagi .
Adik tu : Takpe kak , dah biasa makan sikit , nanti ambik banyak tak habis , membazir . Membazir tu kan amalan syaitan :')
Aku : oke oke , nanti nak datang tambah tau :')

Yea ! depa dekat situ dah ajar makan sikit , makan untuk alas perut sahaja . Tapi kita ? seboleh-2nya makan sampai pecah perut ==' . Ingatlah "berhenti sebelum kenyang" <---- eh betul ke apa aku tulis ni ? :')

Lalalala ! 17April ada TEST lagi . SILA tension :'| !! So , aku decide nak deactivate facebook dan nak tumpu sepenuhnya dekat buku , TAPI !! BOLEH ke ?  Doakan aku berjaya okay .

#kbhai !

Older Post | Newer Post






Secret Admirer AchikRin