Superb Cutie
KAWAN?
Dec 4, 2011 | 18:03 | 0 comments


Ahaa ! Hey semuaa ! How are you today ? ahaa , speaking siket . ahaha !

Hari ini , aku rasa macam nak cerita tentang  "kenalan" , "kawan" , "sahabat" , "teman" dan yang berkaitan dengan semua inilah . Okay , hampa faham tak maksud semua itu ? Haa , maybe , ada yang kurang faham dengan istilah kawan ataupun , apa makna kawan kan ? okay ! aku akan cuba fahamkan untuk hampa semua .

1. Kenalan tahu tak apa itu kenalan ? 
    Kenalan ini ialah ,orang yang sudah dikenali. Mungkin kita hanya kenal nama, umur, pekerjaan, latar belakang dirinya & beberapa perkara umum yg lain pada seseorang kenalan. Akan tetapi, dalam sesuatu perhubungan tidak begitu rapat. Mungkin hanya sekadar bertegur-sapa, bertanya khabar apabila bertemu tetapi tidak di luar batasan waktu iaitu pada lingkungan masa itu sahaja serta tidak termasuk waktu peribadi seseorang.

2. Teman , Sahabat , Kawan ianya terbahagi kepada dua :

    a) Teman , Sahabat , Kawan Biasa . Mereka ini mempunyai tahap yang tinggi berbanding dengan kenalan . Mereka ini banyak melakukan aktiviti , kegiatan atau pekerjaan secara bersama . Adakalanya di luar batasan waktu iaitu waktu peribadi seseorang. Akan tetapi, ia hanya kekal pada masa kita suka, gembira & senang sahaja. Tetapi apabila kita berada dalam keadaan sedih, duka & menghadapi situasi serta masalah besar dalam kehidupan, mereka akan meninggalkan kita keseorangan.

    b) Teman , Sahabat , Kawan Sejati , Istimewa . Mereka ini pula , mempunyai tahap yang lebih tinggi dan mulia berbanding dengan Teman , Sahabat , Kawan Biasa . Mereka adalah insan yang paling hampir & dekat dengan kita. Mereka sentiasa bersama-sama dengan kita bukan sahaja di waktu kita suka, gembira & senang tetapi ketika kita sedih, duka & menghadapi situasi serta masalah besar dalam kehidupan. 
 
Persoalannya sekarang dimanakah kedudukan kita ?
fikirfikir dan renungrenungkan.
mencari kawan sangat mudah , tetapi mencari sahabat sejati TERsangat susah .
 
Janganlah kita berkawan kerana rupa , harta , pangkat dan sebagainya .
Berkawanlah kerana keikhlasan , kejujuran dan hatinya yang mulia .
 
Bagi aku , kawan ini biarlah ikhlas , biarlah ada kejujuran , janganlah ada hasrat dengki sana sini . Walaupun , kita tidak mempunyai harta , rupa , pangkat , tetapi ,.. kita masih ada telinga untuk mendengar segala masalah kawankawan kita , ada mata untuk melihat dan menangis bersamasama , mulut boleh saling nasihat menasihati , tangan dapat meringankan beban kawan kita dan sebagainya . Janganlah kita berkawan dengan seseorang itu , ketika dia senang dan gembira , berkawanlah dengan dia semasa dia sedih , susah dan dalam apa jenis situasi pun , tapi perlu ingat jangan tersalah pilih kawan . Carilah kawan yang dapat membimbing kita :) .
 
Ahaa ! Okay , sekadar memperingati .
 
KBHAI !  

Older Post | Newer Post






Secret Admirer AchikRin