Superb Cutie
31 DEC
Dec 31, 2011 | 21:08 | 0 comments


Heyy semua ! Hey Hey ! Sihat tak hari ni ? Harap sihat macam aku okay ? Okay ! Hari ni entry panjang "kot" Err , Nak cerita apa yang berlaku pada tahun 2011 dalam hidup aku ! Nak tahu ? Mai-lah baca . kalau takmau , p tekan "x" kat atas tu . Tak paksa =='

Okay ! Tahun ni banyak benda berlaku dalam diri aku . Awal tahun aku just duduk rumah lepak-lepak , almaklumlah budak lepasan SPM . Ahaa ! memandangkan aku bosan , sepanjang menjadi budak lepasan SPM , aku online sepanjang masa , sehinggalah berjumpa dengan "Mr.K" . Cinta MukaBuku ! Aku sayang dia ! Walaupun kenal dalam FB . HAHA . Tapi Allah tu masih sayangkan aku , sekejap je dia tunjuk "KECURANGAN" lelaki tu . WTF-lah kau ! Itu-lah kisah percintaan yang ada pada tahun 2011 . Aku dah clash pun dengan dia . Dulu sayang , sekarang sorry sayang ==' .

Ahaa ! Tahun ni jugaa , aku rasa aku sudah kehilangan BFF aku "maybe" ! Hmm , almaklum-lah BFF time sekolah tak sama macam BFF time lepas sekolah-kan . Takpalah ! Aku faham kau sibuk ! Tak layan-lah budak kampung cam aku sekarang ni kan ? Tapi takpa , aku tak kisah , aku tetap sayang kau ! tetap ingat kau ! tetap ingat persahabatan kita ! Miss youu babeh !

Tapi , walaupun aku "seperti" kehilangan kau , aku sudah jumpa "twin" aku , alhamdulillah ! TerimaKasih YaALLAH , kau temukan aku dengan dia :) . Tapi , kami pun akan terpisah juga ! Dia nak sambung study kat kelantan . Uwaa ! Esok dia bertolak kesana dan isnin daftar ! Atototo , jangan nanges duk sana okay ! HEHE . Belajar rerajin ! Jangan lupa aku okay ! Walaupun baru kenal 8bulan , dah macam kenal 8tahun tau sayangss ! Aku akan ingat pesanan kau tu ! Always :)

Yehaaa ! Tahun ni pun aku dah jumpa someone yang boleh buat aku tersenyum ! Atototototo , sapa lagi kalau bukan Mr.F aku kan . Heee , Just TTM k :) , dia baik sangat ! Baik , sopan santun , bluerkkss ! HAHA . Dia suka buat aku rindu dan bertambah sayang kat dia , HAHA ! Gelongg . Rindu dia ni ! HEHE . aptb :P

Tahun ni juga ! Aku memegang sijil SPM yang tak seberapa nak banyak "A" , dan terpaksa melanjutkan pelajaran di "UTS" (FORM6) . Aku tolak tawaran Politeknik . #bodoh tak aku tolak tawaran Poli ? ermmm . Menyesal pon tak gunakan  !

Hoyehh ! Tahun ni , aku dah ada lesen kereta ! Woww ! Sangat bangga ! #takBanggaPunOkay :) . Best kot memandu kereta ni , hehe ! Tapi-tapi memandu motor lagi-lagi syiokk tau !

Cerita sedih pun ada juga , lepas raya puasa 2011 , aku kehilangan pak sedara aku (Pakteh) . Dia meninggal dunia sebab komplikasi jantung . Ada masuk paper dan Berita TV3 kalau hampa semua perasan-lahkan . Pakteh aku ni adek kepada mama aku . PM ziarah jenazah Sarjan Ibrahim Mat Husin

Okay , tahun 2011 ni memang banyak yang mengajar aku menjadi lebih matang ! Alhamdulillah , aku diberi kesempatan untuk bernafas sepanjang tahun 2011 ni dengan baik . Kisah silam mengajar aku erti kehidupan yang sebenar , Alhamdulillah !

Selamat Datang 2012 ! Semoga tahun ni lebih bermakna , 2012 aku akan mengambil STPM . Insyaallah ! Doakan aku okay !

TerimaKasih 2011 sebab mengajar aku erti kehidupan , dan teman aku sepanjang aku hidup ! #apa aku merepek , abaikan okay ! Aku akan rindukan 2011 ! Banyak kenangan di 2011 ! Tak akan aku lupakan .

KBHAI !

Older Post | Newer Post






Secret Admirer AchikRin